Tahniah!! Kelab Honda Gegar Johor Bahru



JOHOR BAHRU - Peminat kereta Honda Civic seluruh negara berbangga kerana berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila dapat mengumpulkan lebih 100 kereta berkenaan dalam satu majlis yang dianjurkan di sebuah resort hari ini.

Kesemua pemilik ini bernaung dibawah kelab dikenali 8th Gen Civic Club (8GCC) yang disertai hampir 1,000 pemilik yang berdaftar.

Presiden 8GCC, Mohd Idham Rakmat berkata, program sebegini adalah dianjurkan secara tradisi setiap tahun sejak 2008 lagi.

"Kali ini melibatkan 8GCC Southern, 8GCC Eastern, 8GCC Central dan 8GCC Northen. Lebih menarik program kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga.

"Pada sebelah malamnya, kami turut mengadakan annual dinner bagi meraikan kejayaan program yang dirancang ini," katanya.

Mohd Idham atau lebih dikenali Armore berkata, program sebegini juga akan mengeratkan dan mendekatkan hubungan sesama ahli yang sebelum ini hanya berinteraksi menerusi aplikasi WhatsApp sahaja.

"Kami menaruh impian agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penyertaan dari kalangan ahli.

"8GCC juga membuka penyertaan kepada pemilik Honda Civic yang lain agar bersama kami sebagai ahli berdaftar," katanya.

Tambahnya, apabila bersama dalam satu kelab sebegini, sebarang masalah seperti teknikal di mana-mana lokasi dan alat ganti dapat dapat dipermudahkan dan mungkin lebih murah.

"Sebab itu kami melihat 'network' ini penting kepada pemilik Honda Civic," katanya lagi.
"Untuk pendaftaran, pemilik boleh mendaftar menerusi Facebook rasmi 8th Gen Civic Club (8GCC)," katanya lagi.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post