Ringgit hari ini melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong permintaan pelabur yang kukuh terhadap mata wang tempatan, kata para peniaga.
Pada 5 petang, unit tempatan menokok kepada 4.3400/3450 daripada 4.3450/3530 pada Isnin.
Trend ini juga seiring dengan pasaran ekuiti Malaysia yang mencatatkan momentum positif dalam dagangan hari ini.
"Ringgit juga menjejaki pergerakan mata wang ASEAN pesat berkembang lain, disokong oleh langkah yang diambil China untuk menstabilkan pasaran ekuiti," katanya.
Unit tempatan turut meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0460/0500 berbanding 3.0513/0582 semalam dan meningkat kepada 6.3373/3832 daripada 6.4171/4298 berbanding pound British pada Isnin.
Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.6409/4464 daripada 3.6510/6580 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6820/6891 daripada 4.7456/7557.