Jennifer Lopez Dedah Rahsia Cantik Pada Usia 47 Tahun



PENYANYI Jennifer Lopez mendedahkan rahsia bagaimana dia kekal cantik biarpun kini sudah mencecah usia 47 tahun.

Penyanyi lagu On The Floor  ini menerusi sebuah temubual majalah UsWeeklymemberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat dan sering bersukan.

Jennifer memberitahu dia juga tidak mengambil minuman alkohol, kopi dan rokok. Dia menjadikan tiga perkara itu sebagai pantang utama dalam kehidupannya.

Dia juga lebih mengutamakan makanan sayuran hijau.

"Saya makan banyak sayuran hijau seperti asparagus, brokoli dan kubis mini," ujarnya.

Selain itu, dia juga akan memastikan tidurnya mencukupi selama 10 jam setiap hari. 

Jennifer turut mempunyai dua orang pelatih yang menemaninya ketika melakukan aktiviti sukan di gimnasium.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post