Kepala babi diletak di sekolah Islam di UK


GLOBAL Polis sedang menyiasat kes dua kepala babi yang ditinggalkan di luar sebuah sekolah Islam di Lancashire, United Kingdom.
Kepala itu dilapor dilempar ke dalam kawasan Markazul Uloom, sebuah sekolah berasrama penuh manakala sebuah lagi ditemui di pintu pagar, The Independent.
Kepala babi itu dipercayai telah diletakkan antara jam 5 petang pada 18 Disember, Jumaat dan 8.30 pagi, Sabtu.
Memetik Lanchashir Evening Post, Ketua Polis Blackburn Inspektor Sheena Tattum dilaporkan menganggap kes itu sangat serius dan mengundang kebimbangan masyarakat.
"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dan pasukan detektif juga sedang menjalankan siasatan" katanya.
Selain itu, beliau juga menambah:
"Kami telah menjalankan siasatan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan selesai melakukan carian melalui CCTV dan kami merayu sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan untuk menghubungi kami," katanya lagi.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post