Kadar Tol PLUS Mungkin Naik Sekurang-Kurangnya 5 Peratus


JERLUN: Kadar bayaran tol untuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kemungkinana akan dinaikkan sekurang-kurangnya lima peratus mulai tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kenaikan ini adalah wajar kerana kos tanggungan yang semakin meningkat.

“Kenaikan itu bergantung kepada kerajaan sebab ia masih belum diputuskan sama ada berlaku kenaikan atau tidak.

“Tetapi kalau ikut perjanjian konsesi, memang Plus sepatutnya menaikkan kadar tol.

Tapi kenaikan itu tidak banyak iaitu lima peratus sahaja atau bersamaan 0.68 sen perkilometer,” katanya ketika penyerahan sumbangan awal persekolahan Plus kepada 1,000 murid tahun satu sesi 2016 di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di sini, hari ini.

Katan beliau lagi, kenaikan ini bermakna pengguna lebuhraya berkenaan cuma perlu membayar tambahan 70 sen sahaja bagi perjalanan 100 kilometer berbanding sebelumnya.

“Plus tidak menaikan kadar tol sejak 2005. Selama ini, peningkatan kos terpaksa kita tanggung sendiri.

“Perbincangan juga melibatkan semua peringkat tapi keputusan muktamad bergantung kepada kerajaan,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Beliau berkata, perjanjian konsesi juga menganggarkan keperluan pada masa akan datang sebab kos semakin hari semakin meningkat.

“Berikutan peningkatan kos yang terpaksa kita tanggung, maka kenaikan itu memang perlu,” katanya lagi.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post