HOT ! Muhyiddin Berucap Secara LIVE Malam Esok !

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG ! !

Saya dihubungi penganjur majlis yang meminta saya war2kan kepada rakyat Malaysia bahawa ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin pada Isnin 7 Disember  jam 8 malam di Kelab Sultan Sulaiman akan dipancarkan secara LIVE Streaming sebagaimana majlis bersama Tun Mahathir di Senawang semalam.

WOW ! Terbukti bahawa kini tidak ada batasan kepada penyebaran maklumat. Berbekalkan peralatan dan kepakaran yang diperlukan, anda boleh berhubung terus dengan sesiapa pun di dunia ini asalkan ada kemudahan internet.

Kosnya tidaklah mahal mana. Kalau anda ada RM2.6 bil, anda boleh rakamkan keseluruhan perjalanan hidup anda dari bangun pagi sampai tidur dan sambung lagi secara LIVE.... sampai anda mati ! Bukan anda saja, malah dengan isteri, dan anak2 sekali boleh buat yang serupa ... di mana satu dunia dapat saksikan perjalanan hidup anda sekeluarga di youtube, sampailah anda mati. Nak terus kongsikan visual mayat anda reput secara LIVE pun boleh.

Macam2 boleh buat kalau ada RM2.6 bil kan ...... melalut pulak dah ....

Sebenarnya anda juga boleh kongsi video LIVE itu di blog atau fb anda ! Caranya sama dengan cara lazim yang anda lakukan untuk copy video dari Youtube. Anda hanya perlu copy paste aja Embed Code seperti biasa di blog atau FB anda dan secara otomatis, anda juga ada siaran secara langsung untuk dikongsikan bersama rakan2 !

Jadi tunggu saja link siaran langsung itu yang akan dikongsikan esok petang dan sama2 kita sebarkan secara LIVE.

Hanya kerana dinafikan hak untuk berucap di PAU tidak bermakna sudah tertutup terus saluran untuk Muhyiddin bercakap kepada ahli2 Umno dan kepada rakyat amnya. Dunia tanpa sempadan....

Kita pakat2lah sebarkan perkara ini dan kita sama2 saksikan Muhyiddin yang akan sampaikan amanatnya secara LIVE esok jam 8 malam.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post