Cristiano Ronaldo Tayang Mahligai Mewah RM30 Juta


Buat pertama kali bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan kediaman mewahnya baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh laman web sukan , Unscriptd Sport itu menjadi viral di media sosial dan turun dikongsi oleh Ronaldo di akaun Facebook miliknya.
Menerusi video tersebut, bintang berusia 30 tahun itu memberi peluang kepada peminatnya melihat reka bentuk dalam mahligainya terutamanya di bahagian bilik tidur, ruang tamu, tempat makan dan tempat bersosial diwaktu kelapangan.
Rumah yang bernilai hampir RM30 juta ini terletak perumahan mewah Pozuelo de Alarcon, Sepanyol dan juga merupakan kawasan kediaman beberapa rakan sepasukan Ronaldo, termasuk Gareth Bale dan Zinedine Zidane.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post