Sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai. Namun
mungkin dek kerana terlalu rimas dengan komen-komen peminat yang menegurnya, Uqasha Senrose terpaksa bersuara demi mempertahankan apa yang dilakukan.
Berikut respon Uqasha apabila ditegur peminat yang merasakan pemakaiannya tidak bersesuaian dengan imej bertudung.
Cantik tapi kalau dilonggarkan lebih cantik – peminat
Peminat yang kurang senang dengan cara pemakaian Uqasha bertindak ‘menyerang’ dan menegur pelakon itu. Rata-rata mahukan yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan imej bertudung.
Jaga kain masing-masing
Walaupun acap kali ditegur peminat, Uqasha nampaknya tidak ambil pusing dengan semua itu malah sempat meninggalkan pesanan yang cukup ‘makan dalam’.